Post Special

Post Special

Sue & Que

Sue & Que

Wanita Solehah…

"DUNIA ITU ADALAH PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN IALAH WANITA SOLEHAH"

Isteri cerdik yang solehahPenyejuk mata, penawar hati, penajam fikiranDi rumah dia isteri, di jalanan kawanDi waktu kita buntu, dia penunjuk jalan. Pandangan kita diperteguhkanMenjadikan kita tetap pendirianIlmu yang diberi dapat disimpanKita lupa, dia mengingatkan. Nasihat kita dijadikan pakaianSilap kita, dia betulkanPenghibur di waktu kesunyianTerasa ramai bila bersamanya. Dia umpama tongkat si butaBila tiada satu kehilanganDia ibarat simpanan ilmuSemoga kekal untuk diwariskan.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday, April 19, 2010

MUTIARA KATA





Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)


Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)


Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

Tuesday, April 13, 2010

Nasyid Saffone

Aku dan Dia